Dua dituduh guna pasport orang lain

Dua dituduh guna pasport orang lain

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Dua orang lelaki, termasuk remaja berusia 18 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas kesalahan menggunakan pasport orang lain untuk memasuki Negara Brunei Darussalam.

Enteri anak Jamphong, 37, dan Stephen Lois anak Tuggal, 18, menghadapi pertuduhan menggunakan dua pasport milik orang lain ketika memasuki negara ini melalui Pos Kawalan Imigresen Labu, Temburong kira-kira jam 1:50 petang pada 10 Julai 2015.

Timbalan Pendakwa Raya Yvonne Lim memberitahu mahkamah bahawa siasatan awal masih dijalankan ke atas kedua-dua tertuduh.

pg06_150713_mahkamah logo2

Mereka berdepan dengan hukuman denda $10,000 dan lima tahun penjara jika sabit bersalah.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan kedua-dua tertuduh untuk ditahan reman bagi membantu siasatan, dan menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA