Dua ekor buaya ditemui di Pantai Serasa

Dua ekor buaya ditemui di Pantai Serasa

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Seekor buaya kecil berjaya ditangkap oleh nelayan hari ini, apabila reptilia tersebut memasuki kandang kabat yang diletakan di dalam perairan di kawasan Pantai Serasa.

Menurut mereka, dua ekor buaya telah ditemui, seekor daripadanya telah ditangkap pada pukul 5:30 pagi dan seekor lagi berjaya melepaskan diri. Mereka juga sering kali terserempak dengan beberapa ekor buaya di kawasan tersebut.

Menurut mereka lagi, buaya yang ditemui itu tidak akan dilepaskan, tetapi dijadikan sebagai bahan untuk menjalani rawatan kesihatan terutama sekali pada bahagian daging daripada haiwan tersebut.

Mereka juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan aktiviti seperti berkelah, berkhemah dan memancing serta tidak sesekali turun ke dalam air disebabkan risiko serangan buaya amat tinggi di kawasan tersebut. – Rahmat bin Haji Abdul Rahman

Para pengunjung melihat seekor buaya yang berjaya ditangkap di Pantai Serasa, semalam.
Para pengunjung melihat seekor buaya yang berjaya ditangkap di Pantai Serasa, semalam.

ARTIKEL YANG SAMA