Dua final CONCACAF pada Januari

Dua final CONCACAF pada Januari

MIAMI, 30 Okt (Reuters) – Dua tempat bagi perlawanan final kejohanan Copa Amerika Seratus Tahun bagi tahun depan akan diputuskan apabila Panama berdepan Cuba manakala Trinidad & Tobago akan menentang Haiti, menurut CONCACAF semalam.

Dua perlawanan akan berlangsung sebagai pemula berganda pada Jumaat, 8 Januari di Estadio Rommel Fernandez di bandar Panama, kata badan bola sepak Amerika Utara dan tengah dalam satu kenyataan. Para pemenang akan menyertai Mexico, Amerika Syarikat, Costa Rica dan Jamaica tatkala CONCACAF bertanding dalam kejohanan itu bersama dengan 10 negara-negara dari rantau CONMEBOl Amerika Selatan.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang akan berlangsung di bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat bermula dari 3 sehingga 26 Jun 2016 sebagai cara meraikan ulang tahun ke-100 Copa America, kejohanan antarabangsa tertua dunia.

Kejohanan itu kebiasaannya dimainkan setiap empat tahun sekali oleh 10 negara Amerika Selatan bersama dengan dua pasukan jemputan.

Chile memenangi Copa America pada Julai bagi kali pertama dalam sejarahnya.