Dua firma AS tipu daging, sijil halal

Dua firma AS tipu daging, sijil halal

CEDAR RAPIDS, Iowa, 13 Sept (Agensi) – Dua syarikat berkaitan produk makanan halal mengaku salah semalam kerana berkomplot mengeksport produk daging halal palsu untuk dijual di Malaysia, Indonesia dan tempat-tempat lain.

Midamar Corp. dan Perkhidmatan Islam Amerika Syarikat (ISA) mengaku salah di mahkamah persekutuan di Cedar Rapids kerana berkomplot membuat pengakuan palsu melibatkan sijil eksport, menjual daging tidak halal dan menipu.

Di bawah persetujuan pihak pendakwa raya, setiap syarikat perlu membayar AS$600,000 daripada perolehan skim penipuan tersebut. Kedua-dua firma itu turut diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa dan mesti membayar denda tambahan.

Midamar merupakan pemborong makanan, manakala ISA memperakui produk Midamar sebagai halal. ISA ialah antara segelintir organisasi yang meluluskan daging yang diimport Malaysia, Indonesia, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

ARTIKEL YANG SAMA