Dua gegaran landa Sabah

Dua gegaran landa Sabah

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) – Dua gempa bumi melanda Ranau, Sabah pada awal hari ini, dengan kejadian pertama pada 12.27 malam tadi dan kedua pada 3.40 pagi, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi pertama berukuran 2.9 pada skala Richter manakala gempa kedua berukuran sederhana 5.3 pada skala Richter, menurut kenyataan di sini hari ini.

Kejadian kedua-dua gempa berkenaan menyebabkan gegaran berlaku di Ranau, menurut kenyataan itu.

Dua gegaran landa kawasan Ranau kelmarin.
Dua gegaran landa kawasan Ranau kelmarin.