Dua gergasi EPL sama hebat

Dua gergasi EPL sama hebat

LONDON, 25 Ogos (AFP) – Arsenal dan Liverpool masing-masing hanya berkongsi satu mata apabila pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Emirates, awal pagi tadi berkesudahan dengan seri 0-0.

Arsenal yang tanpa pemain pertahanan tengah, Per Mertesacker dan Laurent Koscielny kerana demam dan dilanda kecederaan, membuka peluang kepada Liverpool mendominasi separuh masa pertama.

Ini memaksa Petr Cech bekerja keras mempertahankan gawangnya untuk menafikan percubaan merbahaya Christian Benteke, Aaron Ramsey yang hampir memperoleh jaringan.

Namun Arsenal bangkit semula menyusun permainan pada separuh masa kedua dengan giliran Alexis Sanchez melakukan beberapa ancaman di depan kotak penalti Liverpool namun kedudukan terus terakhir tanpa jaringan.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool ketinggalan dua mata daripada pendahulu liga, Manchester City – satu-satunya pasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang menang semua tiga perlawanan pertama musim baru ini.

Theo Walcott (kiri) ketika mengejar bola dan cuba dihalang oleh pemain pertahanan Liverpool Martin Skrtel. - AFP
Theo Walcott (kiri) ketika mengejar bola dan cuba dihalang oleh pemain pertahanan Liverpool Martin Skrtel. – AFP

“Saya fikir kita lebih cemerlang, kami mempamerkan semuanya. Kamu dengar bagaimana Petr Cech terpaksa bekerja keras menjaga gawangnya dan menyelamatkan beberapa percubaan kami,” kata Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers kepada Sky Sports.

“Secara keseluruhannya kami menguasai permainan namun agak kecewa kerana kami tidak memenanginya,” kata Brendan.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger pula sebaliknya lega apabila pasukannya tidak berakhir dengan kekalahan.

“Liverpool mempunyai beberapa peluang terbaik pada separuh masa pertama namun tidak di separuh masa kedua,” kata Wenger.

ARTIKEL YANG SAMA