Dua gol Kane beri kemenangan Spurs

Dua gol Kane beri kemenangan Spurs

LONDON, 20 Nov – Dua gol pantas pada minit-minit akhir permainan daripada Harry Kane membolehkan Tottenham Hotspur bangkit untuk memperoleh kemenangan 3-2 ke atas West Ham United di White Hart Lane, awal pagi tadi.

Ketika Spurs ketinggalan 2-1 dengan rekod tanpa kalah mereka hampir dimusnahkan, Kane meledak daripada jarak dekat dua minit sebelum tamat permainan dan dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan selepas Son Heung Min dikasari dalam kotak penalti.

Sepakan penalti itu adalah yang kedua dihadiahkan oleh pengadil Mike Dean pada aksi terbabit dan penalti kesembilan dalam 10 perlawanan.

Harry Kane yang menjadi wira perlawanan tersebut. - AP
Harry Kane yang menjadi wira perlawanan tersebut. – AP

Manuel Lanzini turut menjaringkan gol daripada sepakan penalti selepas Winston Reid turut dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-68.

Michail Antonio memberikan gol pendahuluan buat West Ham yang digelar The Hammers menerusi tandukan pada minit ke-24 sebelum Harry Winks menyamakan kedudukan pada minit ke-51, yang juga jaringan sulungnya di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada penampilan pertama dalam kesebelasan utama Spurs. – AP

ARTIKEL YANG SAMA