Dua hilang helikopter terhempas

Dua hilang helikopter terhempas

TOKYO, 12 Ogos – Sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat terhempas ke laut di luar pulau Jepun Okinawa hari ini dan dua anggota krew hilang, menurut laporan dan pegawai tempatan.

Pengawal pantai Jepun mengesahkan ia sedang bergegas ke tapak nahas tetapi tidak memberikan butir lanjut.

Penyiar NTV berkata dua anggota krew hilang.

“Kami menerima laporan mengatakan pesawat udara terjatuh ke perairan di timur pulau utama Okinawa,” kata pegawai pengawal pantai.

“Kami telah menghantar bot peronda dan kapal terbang ke tapak atas permintaan tentera AS.”

Okinawa menjadi pangkalan kepada lebih separuh daripada 47,000 kakitangan tentera AS yang ditempatkan di Jepun sebagai sebahagian daripada gabungan pertahanan.

Jepun berkata pada minggu lalu ia akan menghentikan kerja-kerja di pangkalan tentera AS baru di selatan Okinawa buat sementara waktu tatkala rundingan diteruskan dengan pegawai tempatan yang menentang projek tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA