Dua jalani hukuman mati di Jepun

Dua jalani hukuman mati di Jepun

TOKYO, 18 Dis (AFP) – Jepun hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas dua banduan termasuk seorang pesalah dijatuhi hukuman melalui keputusan juri, menurut pegawai-pegawai dan media, tatkala para pengempen menggesa bagi pembubaran hukuman mati.

Dua pelaksanaan hukuman mati sabit kes bunuh itu menjadikan 14 semuanya jumlah hukuman mati yang dijalankan sejak Perdana Menteri Shinzo Abe mengambil alih kuasa pada lewat 2012.

Sumitoshi Tsuda, 63, menjalani hukuman gantung sabit membunuh tiga orang di bandar Kawasaki, berhampiran Tokyo, pada Mei 2009, kata pegawai Kementerian Keadilan.

Ia adalah pelaksanaan hukuman mati pertama ke atas banduan menunggu hukuman mati yang diputuskan melalui juri, lapor media Jepun.

Pada 2009 Jepun melancarkan sistem juri dalam usaha memantapkan lagi peranan warga dalam proses perundangan. Di bawah sistem, sejumlah 26 orang sudah menjalani hukuman mati, menurut badan penyiaran awam NHK.

ARTIKEL YANG SAMA