Dua jaringan Austin lonjak Southampton

Dua jaringan Austin lonjak Southampton

SOUTHAMPTON, 17 Okt – Charlie Austin menjaringkan dua gol ketika Southampton menewaskan Burnley 3-1 di St Mary, awal pagi tadi untuk mendaki ke kedudukan lapan pasukan teratas dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kelab pesisir selatan itu mendominasi permainan dengan Nathan Redmond turut menemui sasaran sebelum Sam Vokes kembali merapatkan satu gol buat pelawat selepas itu.

Ia keputusan yang baik buat Saints yang memulakan tujuh perlawanan dalam tempoh 22 hari, dengan perlawanan mereka selepas ini ialah dalam Liga Europa berdepan gergasi Itali, Inter Milan.

Burnley mempertahankan kedudukan tanpa jaringan sehingga babak kedua sebelum Saints menjaringkan tiga gol dalam 14 minit selepas rehat.

Aksi Austin (kanan) ketika meraikan jaringan ketika menentang Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris di England, kelmarin. – AFP
Aksi Austin (kanan) ketika meraikan jaringan ketika menentang Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris di England, kelmarin. – AFP

Mereka boleh mendahului lebih awal namun tandukan minit kelima Austin diselamatkan penjaga gol Burnley, Tom Heaton.

Cubaan pemain Southampton, Dusan Tadic juga dinafikan Heaton ketika berdepan satu sama lain pada minit ke-31.

Redmond dan Austin juga ada peluang pada babak pertama tetapi penyudah yang lemah memberikan keputusan tanpa jaringan.

Tekanan Southampton pada babak kedua bagaimanapun menghasilkan tiga gol pantas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA