Dua kedai runcit diarah tutup

Dua kedai runcit diarah tutup

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 15 Jun – Dua buah kedai runcit telah diarah tutup sementara ekoran didapati tahap kebersihan yang kurang memuaskan.

Penutupan tersebut berikutan Pemeriksaan Operasi Bersepadu Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait bersama dengan Pejabat Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Unit Penguatkuasaan Farmasi Bandar Seri Begawan dan Bahagian Sukatan dan Timbangan pada Selasa lalu.

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait, hari ini telah mengeluarkan notis penutupan tersebut setelah pemeriksaan dilakukan dan mendapati premis terbabit telah menyalahi beberapa syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Premis terbabit akan dibuka semula setelah pengusaha perniagaan itu melakukan kerja-kerja pembersihan dan sehingga Jabatan Perkhidmatan Kesihatan berpuas hati dengan pencapaian kebersihan yang ditetapkan.

Salah sebuah premis perniagaan yang diarah tutup sementara sehingga tahap kebersihannya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Salah sebuah premis perniagaan yang diarah tutup sementara sehingga tahap kebersihannya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait menyarankan kepada orang ramai dan pemilik-pemilik premis perniagaan supaya menjaga kebersihan di kawasan sekeliling dan keselamatan kawasan premis supaya sentiasa berada di tahap kebersihan yang memuaskan.

Pemeriksaan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan perkara-perkara seperti menyalahi peraturan dan undang-undang yang telah diperuntukkan oleh jabatan berkenaan.

Mereka juga akan sentiasa mengawasi pembuangan sampah di kawasan premis-premis perniagaan, tempat-tempat awam bagi memastikan tidak ada individu dan syarikat yang melakukan pembuangan sampah secara tidak terkawal di daerah ini, khasnya.

ARTIKEL YANG SAMA