Dua kena dakwa berkomplot keganasan

Dua kena dakwa berkomplot keganasan

SYDNEY, 10 Dis – Dua orang, termasuk seorang budak lelaki berusia 15 tahun, ditahan hari ini di Sydney berhubung komplot keganasan yang mensasarkan sebuah bangunan kerajaan, dengan pihak berkuasa meluahkan kebimbangan pada umur mereka yang telah dilatih menjadi radikal.

Remaja dan lelaki berusia 20 tahun itu ditangkap di rumah mereka dan didakwa dengan pertuduhan bersubahat untuk melancarkan kegiatan keganasan.

Tiga orang lain yang sedang dipenjarakan sekarang juga dijangka didakwa dengan kesalahan yang sama, kata polis.

Penangkapan berpunca daripada bukti yang dikumpulkan ketika serbuan pada awal pagi di Australia pada akhir tahun lalu di mana 15 orang ditahan dan satu komplot untuk menculik dan memenggal kepala seorang anggota awam terbongkar.

Penolong Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia untuk Keselamatan Negara Michael Phelan berkata komplot yang dikaitkan dengan penahanan hari ini bukan sesuatu yang baru, tetapi berkaitan dengan operasi pada tahun lalu di mana bahan-bahan untuk mensasarkan bangunan kerajaan pertama ditemui.

“Pada Disember lalu, terdapat sejumlah dokumen yang dirampas berkaitan dengan waran penggeledahan yang dijalankan oleh kami di Sydney dan dokumen berkenaan jelasnya bercakap mengenai satu rancangan dan terdapat bangunan kerajaan yang dinamakan dalam rancangan tersebut,” kata beliau, menambah salah satu di antaranya adalah pejabat Polis Persekutuan Australia.

“Setelah mencantum kesemua maklumat berkenaan, mengkaji dokumen, mengumpul bersama pengawasan fizikal dan elektronik, kami berupaya membina satu kes subahat untuk lima orang yang terbabit dalam persediaan dokumen berkenaan.”

Ketika ditanya mengenai komplot itu, Phelan berkata: “Cukup untuk kami mematahnya pada Disember.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA