Dua kena kompaun dalam operasi sepadu

Dua kena kompaun dalam operasi sepadu

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Seramai 35 anggota Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu lintas dan Balai Polis Limau Manis, Pasukan Polis Diraja Brunei terlibat dalam Operasi Sepadu bersama dengan Jabatan Pengangkutan Darat di kawasan Jalan Kuala Lurah.

Sebanyak 45 buah kereta telah diperiksa dalma operasi yang mengambil masa kira-kira 90 minit itu dan dua kompaun telah dikeluarkan.

Tujuan operasi berkenaan diadakan adalah untuk mencegah jenayah dan mengurangkan kadar kesalahan-kesalahan lalu lintas, selain memantau sebarang bentuk pengubahsuaian ke atas kenderaan terutama sekali kenderaan dari negara jiran yang memakai cermin gelap (tinted glass).

Kelihatan sekelompok plastik tinted glass yang telah ditanggalkan daripada beberapa buah kenderaan yang menyalahi peraturan lalu lintas.
Kelihatan sekelompok plastik tinted glass yang telah ditanggalkan daripada beberapa buah kenderaan yang menyalahi peraturan lalu lintas.
Anggota polis ketika menjalankan pemeriksaan ke atas salah sebuah kenderaan.
Anggota polis ketika menjalankan pemeriksaan ke atas salah sebuah kenderaan.