Dua ketetapan mendapat sokongan

Dua ketetapan mendapat sokongan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

pg01_160322_MMN_LogoBANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Dua ketetapan telah mendapat sokongan sebulat suara ahli-ahli Yang Berhormat yang bersidang pada hari ke-12, sekali gus hari akhir perbahasan sesi Mesyuarat Pertama, Musim Permesyuaratan ke-12 Majlis Mesyuarat Negara, yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis Mesyuarat Negara, hari ini.

Ketetapan pertama adalah mengenai Fasal 83 (7) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang dicadangkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerana Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Ketetapan kedua yang mendapat kelulusan ahli yang bersidang adalah daripada Bab 4, Ceraian II, Akta Kumpulan Wang Kemajuan Penggal 136 telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman, dan mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika membentangkan ketetapan Akta Kumpulan Wang Kemajuan itu mencadangkan Majlis Mesyuarat Negara yang bersidang menetapkan peruntukan Bab 4 Akta itu bagi perbelanjaan sejumlah $700 juta untuk dibenarkan, diperuntukkan dan dipohonkan daripada Kumpulan Wang Kemajuan untuk beberapa maksud tertentu.

Ini terutamanya bagi disebutkan dalam Anggaran Belanjawan 2016-2017 supaya dibentangkan sebagai Kertas Nombor Dua Tahun 2016.

Menurutnya, butiran perbelanjaan kemajuan pada tahun tersebut adalah dalam anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun itu yang dibentangkan sebagai Kertas Nombor Dua Tahun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA