Dua kilang penapis minyak Jepun bergabung

Dua kilang penapis minyak Jepun bergabung

TOKYO, 3 Dis (AFP)– Dua daripada kilang penapis minyak terbesar Jepun berkata hari ini mereka akan bergabung dalam usaha untuk memerangi kemelesetan industri, sekaligus menubuhkan firma besar yang akan mengawal separuh daripada pasaran minyak mentah negara.

JX Holdings berkata ia akan bergabung dengan pesaing lebih kecil TonenGeneral Sekiyu dan menamakan semula firma gabungan Kumpulan Newco.

Butir-butir kewangan mengenai perjanjian itu, dijadual selesai pada April, tidak dikeluarkan.

Namun pendapatan gabungan pasangan itu pada tahun fiskal terakhir berjumlah 14.3 trilion yen, menggaji hampir 30,000 orang.

Pengumuman itu keluar sehari selepas minyak AS West Texas Intermediate ditutup di bawah $40 satu tong untuk kali pertama sejak Ogos tatkala harga terjejas oleh kemelesetan bekalan berlarutan, permintaan global yang lemah dan dolar yang kukuh.

JX Holdings merujuk kepada kebimbangan mengenai “satu persekitaran di mana permintaan untuk minyak di Jepun sedang merosot,” berkata perjanjian itu akan mengurang kos sebanyak 100 bilion yen dalam tempoh lima tahun tatkala ia mengemaskini operasi dan mengurang “pekerja lebihan.”

Perjanjian itu dicapai kurang satu bulan selepas dua syarikat petroleum, Idemitsu Kosan dan Showa Shell Sekiyu, mengumumkan rancangan untuk bergabung.

ARTIKEL YANG SAMA