Dua Korea gaduh kembali

Dua Korea gaduh kembali

SEOUL, 4 Sept (AFP) – Kurang dua minggu selepas mencapai satu perjanjian luar biasa untuk mempertingkat hubungan, Korea Utara dan Selatan telahpun kembali kepada isu biasa, saling melemparkan tuduhan di antara satu sama lain.

Perjanjian sebelumnya telahpun terjejas oleh pertengkaran kata-kata yang sama, yang boleh berubah menjadi sesuatu yang lebih serius.

Kemarahan Utara mengenai komen yang dibuat oleh Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye di Beijing pada minggu ini menerima respons pedas daripada Seoul hari ini.

“Adalah dikesali bahawa Korea Utara mengecam kata-kata yang diluahkan oleh presiden kami dan mengancam akan menjejas perjanjian antara Korea,” beritahu jurucakap Kementerian Penyatuan Selatan Jeong Joon-Hee kepada wartawan.

Jeong menggesa Utara supaya bekerjasama dan “melaksana secara ikhlas” perjanjian yang dimeterai pada 25 Ogos yang membenarkan kedua-dua pihak supaya menjauhi konflik bersenjata.

Selain daripada mengatasi isu yang membawa kepada perbalahan tentera, perjanjian mewajibkan kedua-dua pihak memulakan rundingan rasmi dan menganjur satu perjumpaan untuk keluarga yang terpisah oleh Perang Korea 1950-53.

Namun Utara mengecualikan kata-kata Park di Beijing di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada China atas “peranan positif mereka” dalam menyelesaikan krisis – pujian parti ketiga yang dianggap oleh Pyongyang sebagai satu “penghinaan serius.”

“Pihak berkuasa Korea Selatan sering mengeluarkan kata-kata tidak berasas,” kata jurucakap untuk Jawatankuasa Utara untuk Penyatuan Semula Aman Korea.

“Jika pihak berkuasa Korea Selatan asyik campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara di luar negara, hubungan Utara-Selatan akan kembali semula kepada kitaran konfrontasi,” kata jurucakap.

ARTIKEL YANG SAMA