Dua lagi ditangkap berkaitan serangan Hari Bastille

Dua lagi ditangkap berkaitan serangan Hari Bastille

PARIS, 26 Julai – Polis Perancis menangkap dua lelaki yang berkaitan dengan pembunuhan beramai-ramai Hari Bastille di Nice yang mengorbankan 84 orang meninggal dunia, menurut sumber terdekat dengan siasatan itu hari ini.

“Mereka telah ditahan sementara para penyiasat sedang mencari untuk memastikan jika penyerang Tunisia, Mohamed Lahouaiej Bouhlel mempunyai sokongan logistik,” menurut sumber itu.

Para pendakwa percaya Bouhlel sudah lama merancang serangan rempuhan trak ke khalayak ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api di dermaga Promenade Des Anglais, Nice, mencederakan lebih 300 orang.

Empat lelaki dan seorang wanita sudah pun didakwa kerana bersubahat membunuh oleh sebuah kumpulan pengganas. – AFP