Dua lagi maut akibat MERS

Dua lagi maut akibat MERS

SEOUL, 25 Jun (AFP) – Korea Selatan hari ini melaporkan dua lagi kematian akibat wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) serta satu lagi kes baru, menjadikan jumlah korban akibat virus itu kepada 29 orang. Dua kematian akibat MERS itu termasuk seorang lelaki berusia 65 tahun yang dijangkiti virus tersebut di sebuah hospital di bandar tengah Daejon.

Beliau didiagnosis pada 6 Jun, kata Kementerian Kesihatan.

Seorang lagi adalah wanita berusia 70 tahun yang merupakan saudara kepada seorang lagi pesakit. Beliau didiagnosis pada 22 Jun. Sejak pesakit pertama didiagnosis pada 20 Mei, sejumlah 180 kes disahkan dalam wabak berkenaan, yang terbesar di luar Arab Saudi.

Dari sejumlah itu, 29 meninggal dunia, 74 orang berjaya dipulihkan dan 77 orang masih menjalani rawatan, termasuk 15 orang yang berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu jumlah mereka yang di kuarantin mencatatkan penurunan lebih satu perenam menjadikan sejumlah 2,642 orang masih lagi menjalani proses kuarantin.

Para pejalan kaki dengan sebahagiannya memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan dirakan gambar mereka di sekitar Seoul, ibu negara Korea Selatan, pada 25 Jun 2015. – AFP
Para pejalan kaki dengan sebahagiannya memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan dirakan gambar mereka di sekitar Seoul, ibu negara Korea Selatan, pada 25 Jun 2015. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA