Dua lelaki didakwa curi monyet pigmi

Dua lelaki didakwa curi monyet pigmi

SYDNEY, 28 Nov – Dua orang lelaki didakwa hari ini kerana mencuri monyet pigmi yang jarang ditemui dari sebuah taman hidupan liar Australia ketika masih kecil lagi dan telah ditemukan dengan ibunya dan usaha diteruskan untuk mencari bapanya.

Tiga ekor monyet, paling kecil di dunia, dicuri daripada kurungan mereka di Taman Hidupan Liar Symbio selatan Sydney Sabtu lalu, dengan polis dan penjaga zoo melancarkan usaha terdesak untuk mengesan anak-anak monyet itu.

Timbul kebimbangan ia akan mati jika jauh dari ibunya lebih 24 jam manakala para penjaga juga bimbang anak kembarnya mati kerana ibu mereka terlalu tertekan untuk memberi minum susu.

Selepas menerima maklumat dari orang awam, dua lelaki, berusia 23 dan 26 telah diberkas dan didakwa hari ini kerana berurusan dengan hasil jenayah.

Polis menemukan anak monyet berusia empat minggu yang tidak bernama dalam kereta lelaki-lelaki itu dan monyet betina, Sophia, di sebuah alamat lain. Tetapi ayahnya, Gomez masih hilang.

Tidak jelas mengapa monyet-monyet itu, yang berasal dari Amerika Selatan dan lazimnya mempunyai ketinggian 20 sentimeter, dicuri, tetapi pengurus taman Symbio, Matthew Radnidge berkata mungkin berpunca dari dorongan kewangan.

“Namun dari segi nilai, binatang itu mempunyai nilai apa saja yang dianggap oleh seseorang, dengan demikian dalam zoo dan industri taman hidupan liar, tidak ada wang bertukar tangan dengan pemindahan binatang-binatang ini,” dia memberitahu radio ABC.

Daily Telegraph, Sydney berkata monyet-monyet marmoset ini juga dikenali sebagai monyet ibu jari, menjadi permintaan dalam pasaran gelap sebagai binatang peliharaan, harga sehingga A$5,000.

Taman hidupan liar berkata anak monyet yang lapar dan ketakutan telah bersatu semula dengan ibunya dan adik betinanya.

“Ibu mendukung terus anaknya ke tangannya dan terus memberi minum, menurut taman itu dalam halaman Facebook.

“Pemerhatian awal pagi ini memberi harapan, dengan dua mata bersinar, memerhatikan belakang ibunya, dengan itu keputusan hebat.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA