Dua lelaki didakwa mencuri dalam pesawat

Dua lelaki didakwa mencuri dalam pesawat

Oleh Rafidah Jumat

pg06_160928_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Dua lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri di dalam pesawat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

Tiada pengakuan direkodkan daripada Peng Jiuhui, 40, dan Qin Jun, 28, yang didakwa mencuri barang kemas, kunci dan wang Rupiah $7 juta milik seorang penumpang di dalam pesawat RB dari Jakarta ke Bandar Seri Begawan pada 25 September 2016 sekitar jam 3 petang.

Pegawai Pendakwa, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin membuat dakwaan ke atas mereka mengikut Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga tiga tahun, atau bersama denda, atau kedua-duanya. Pegawai Pendakwa memohon untuk tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat selama lima hari bagi membolehkan pihak polis mendapatkan keterangan.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 4 Oktober untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA