Dua lelaki dikaitkan pembunuhan polis ditahan

Dua lelaki dikaitkan pembunuhan polis ditahan

PARIS, 19 Jun (AFP) – Dua lelaki telah dikaitkan dengan jihad yang membunuh seorang pegawai polis Perancis dan pasangannya telah didakwa dan ditahan oleh mahkamah anti-keganasan semalam.

Saad Rajraji, 27, dan Charaf-Din Aberouz, 29, didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, tetapi tidak didapati mempunyai sebarang kaitan dengan pembunuhan IS terhadap pasangan polis yang dilakukan oleh Larossi Abballa Isnin lepas.

Kedua-dua lelaki tersebut telah disabitkan bersama-sama dengan Abballa pada September 2013 sebagai sebahagian daripada rangkaian untuk menghantar jihad ke Pakistan, sumber-sumber perundangan yang rapat dengan siasatan tersebut berkata.

Sementara itu lelaki ketiga yang ditahan dalam kes itu dilepaskan tanpa sebarang denda.

Abballa, radikal yang disabitkan dengan kesalahan dan berada di bawah pengawasan, membunuh pegawai polis itu dan pasangannya di luar rumah mereka dan kemudian telah membunuh diri dalam satu serbuan polis.

Sebelum dia telah dibunuh, Abballa melalui video yang disebarkannnya di Facebook menyatakan dirinya mengakui melakukan pembunuhan itu dan menggesa rakan-rakan jihad untuk menjalankan lebih banyak pertumpahan darah.

Serangan Isnin di sebuah bandar kecil di barat laut Paris adalah serangan maut yang pertama di Perancis sejak serangan IS pada bulan November, yang mengorbankan 130 orang.

ARTIKEL YANG SAMA