Dua lelaki Jepun disangka pengintip ditahan

Dua lelaki Jepun disangka pengintip ditahan

TOKYO, 30 Sept (AFP) – Pihak berkuasa China sedang menahan dua lelaki Jepun atas dakwaan mengintip, kata laporan media hari ini, mencetuskan penafian daripada Tokyo bahawa ia mengintip negara asing.

Penyiar awam Jepun NHK dan akhbar Asahi berkata lelaki tanpa nama itu sedang ditahan secara berasingan, seorang di utara wilayah Liaoning dan seorang lagi di timur wilayah Zhejiang, menambah mereka telah ditahan sejak Mei.

Memetik sumber tanpa nama, laporan berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah berkunjung di China dan seorang tersangka telah ditahan berhampiran sempadan Korea Utara manakala seorang lagi ditahan berhampiran dengan pangkalan tentera.

Kedua-duanya sedang ditahan atas beberapa siri dakwaan termasuk mencabul undang-undang anti-pengintipan China, kata Asahi.

Kementerian luar negeri China tidak memberi respon kepada satu permintaan untuk memberi komen mengenai laporan tersebut.

Jurucakap kerajaan tertinggi Jepun Yoshihide Suga enggan mengesahkan laporan akhbar tetapi menolak dakwaan pengintipan.

Kumpulan itu adalah pekerja sebuah syarikat pembinaan yang berpangkalan di Tokyo Fujita, yang berkata mereka telah melawat bandar Shijiazhuang untuk menyediakan satu bidaan untu projek untuk membuang senjata kimia yang ditinggalkan di China oleh tentera Jepun pada 1930.

ARTIKEL YANG SAMA