Dua lelaki tempatan dihukum penjara

Dua lelaki tempatan dihukum penjara

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhi hukuman penjara ke atas dua lelaki tempatan yang mengaku bersalah bagi kesalahan mencuri dan melakukan kerosakan.

Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhi hukuman 12 bulan penjara ke atas Abdul Hafiz bin Haji Md Irwan, 26, atas tuduhan mencuri sebuah kereta antara jam 2 petang pada 20 Disember dan 7 malam pada 23 Disember 2015 di kawasan bengkel penghawa dingin di Menglait.

Muhd Amiruddin bin Haji Wahid, 22, pula dijatuhi hukuman lapan bulan penjara atas dakwaan melakukan kerosakan pada sebuah kereta antara 20 Disember 2015 dan 21 Januari 2016 di Kampung Rimba.

Kedua-dua mereka juga berdepan kesalahan mencuri satu pengangkat enjin dan jek kereta antara jam 9 malam pada 26 Disember dan 10 pagi pada 27 Disember 2015 di Kampung Pintu Malim.

Pendakwaan dilakukan bersama Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof dan Pengiran Azmeena binti Pengiran Mohiddin.

pg07_160201_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA