Dua lelaki tempatan dipenjara 2 tahun, 4 bulan

Dua lelaki tempatan dipenjara 2 tahun, 4 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Dua lelaki tempatan dijatuhi penjara selama dua tahun empat bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan mencuri kereta.

Haji Abu Bakar bin Haji Apong, 49, dan Mohammad Zakri bin Haji Samat, 44, mengaku bersalah mencuri kereta dari kawasan letak kereta Hospital RIPAS pada 13 Jun 2016; sebuah kereta di kawasan Maktab SOAS pada 18 Jun dan sebuah lagi kereta di kawasan Sim Kim Huat, Kiulap pada 20 Jun.

pg06_160629_mahkamah logo2

Kedua-dua tertuduh diberkas sebaik pemilik kereta membuat laporan polis.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman berkuatkuasa hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA