Dua maut akibat letupan bom buatan sendiri

Dua maut akibat letupan bom buatan sendiri

DHAKA, Bangladesh, 31 Mac (NNN) – Dua lelaki maut dan beberapa yang lain cedera dalam satu letupan ketika membuat bom mentah di daerah barat daya Bangladesh, Jessore, iaitu 164 kilometer dari ibu negara Dhaka, kata Ketua Polis daerah, hari ini.

Anisur Rahman, Penguasa Polis Daerah Jessore, memberitahu Xinhua bahawa “Lima orang cedera apabila bom yang dibuat di dalam rumah mereka meletup semalam pada kira-kira 9 malam (waktu tempatan).”

Beliau berkata kesemua lima yang cedera telah dikejarkan ke sebuah hospital tempatan.

“Dua orang yang cedera dalam letupan itu meninggal dunia akibat kecederaan mereka pada awal hari ini.”

Pegawai itu tidak dapat memberitahu dengan segera identiti pembuat bom itu, salah seorang daripada mereka telah ditangkap.

ARTIKEL YANG SAMA