Dua maut dalam kebakaran terminal Shanghai

Dua maut dalam kebakaran terminal Shanghai

BEIJING, 29 April – Sebuah tapak pembinaan di terminal lapangan terbang di lapangan terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao terbakar hari ini, membunuh dua orang, lapor media kerajaan.

Kira-kira tiga yang lain cedera. Kebakaran telah dipadamkan, menurut penyiaran Central China Television (CCTV), tanpa memberi butiran selanjutnya mengenai tahap keterukan kecederaan mangsa.

Kebakaran itu dikatakan bermula di tapak pembinaan bawah tanah Terminal 1 di lapangan terbang dan dilaporkan merebak sekitar 100 meter persegi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA