Dua maut dalam nahas helikopter MTV

Dua maut dalam nahas helikopter MTV

BUENOS AIRES, 13 Dis (AFP) – Kira-kira dua orang maut apabila sebuah helikopter yang digunakan oleh kru filem bersama rangkaian televisyen Amerika Syarikat (AS), MTV terhempas ke dalam takungan air di barat Argentina, menurut pegawai kelmarin.

Menteri keselamatan bagi wilayah Mendoza, Gianni Venier, mengatakan helikopter itu terhempas kira-kira 30 kilometer dari bandar Mendoza, bandar wilayah – kira-kira 1,000 batu dari barat Buenos Aires.

Bangkai pesawat telah ditemui, dan seorang juruterbang dan seorang jurutera yang menaiki helikopter itu dilaporkan terbunuh apabila pesawat berkenaan terjunam ke dalam takungan di empangan Potrerillos de Mendoza.

Ia masih tidak jelas sama ada terdapat orang lain yang menaiki helikopter berkenaan pada waktu kemalangan itu.

Para penyelamat cuba untuk mencapai helikopter karam yang dikatakan telah menjunam kira-kira 60 meter (sekitar 200 kaki) di dalam air.

Kemalangan itu merupakan yang kedua tahun ini melibatkan sebuah helikopter yang mengambil bahagian dalam perfileman di Argentina.

Pada Mac, 10 orang, lapan warga Perancis dan dua Argentina, terkorban semasa membuat perfileman bagi rancangan realiti TV di Perancis.

Yang terkorban termasuk tiga atlet Perancis yang terkenal – kelasi perintis, Florence Arthaud dan perenang Olimpik, Camille Muffat dan peninju Alexis Vastine.