Dua maut dalam nahas helikopter

Dua maut dalam nahas helikopter

WASHINGTON, 16 Dis (AFP) – Dua anggota kru terkorban apabila sebuah helikopter perubatan terhempas di Arizona, menurut pemilik pesawat udara itu.

Keadaan anggota kru ketiga, masih belum jelas berikutan nahas Airbus AS350 B3 kelmarin, namun operator Air Methods mengatakan seorang ‘terselamat’.

“Kami sangat berdukacita dengan berita dua anggota kru kami telah terkorban, dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga mereka,” kata jurucakap Christina Brodsly dalam satu kenyataan.

“Kami juga mengesahkan bahawa seorang anggota kru selamat, dan tidak ada pesakit di dalam pesawat udara berkenan.”

Brodsly mengatakan identiti anggota kru akan disiarkan kemudian hari ini.

Air Methods mengatakan ia sedang bekerjasama dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara ketika agensi persekutuan menyiasat nahas tersebut.