Dua maut dalam serangan bom di Turki

Dua maut dalam serangan bom di Turki

ISTANBUL, 24 Nov – Dua orang terbunuh dan 21 lagi cedera hari ini apabila sebuah kereta berisi bom meletup di luar bangunan kerajaan tempatan di bandar Adana, selatan Turki, dalam serangan terbaru yang menggoncangkan Turki tahun ini.

Bom itu meletup di tempat letak kereta pejabat gabenor rantau Adana, menurut bahagian pentadbiran kerajaan dalam satu kenyataan.

Letupan itu mencetuskan kebakaran, dengan kepulan asap hitam menyelubungi ruang udara.

Kekuatan letupan itu mengakibatkan kemusnahan kepada bangunan itu juga, kata agensi berita Anadolu milik kerajaan, menyifatkan letupan itu adalah ‘serangan pengganas’.

Serangan itu dipercayai telah dilakukan oleh seorang wanita, gabenor Adana, Mahmut Demirtas dipetik sebagai berkata oleh Anadolu, tanpa memberi butiran selanjutnya mengenai letupan tersebut.

Anggota bomba memadamkan kebakaran pada kenderaan selepas letupan berlaku di Adana pada 24 November yang meragut dua jiwa dan mencederakan 16 yang lain. – AFP
Anggota bomba memadamkan kebakaran pada kenderaan selepas letupan berlaku di Adana pada 24 November yang meragut dua jiwa dan mencederakan 16 yang lain. – AFP

Menurutnya, dua orang terbunuh dan 16 cedera. Agensi berita Dogan kemudian berkata bilangan mangsa yang cedera telah meningkat kepada 21 orang. Lima dilaporkan dalam keadaan kritikal.

“Keganasan keji itu terus menyasarkan rakyat kami,” kata Menteri Hal Ehwal EU Turki, Omer Celik, seorang parti pemerintah MP dari Adana, menulis dalam Twitter.

“Kami akan terus memerangi keganasan ini sehingga penghujungnya atas dasar kemanusiaan,” tambahnya.

Dengan penduduk hampir dua juta, Adana merupakan bandar terbesar Turki, terletak kira-kira 100km dari sempadan Syria. Konsulat AS di bandar itu pada September telah memberi amaran rakyatnya, berkemungkinan adanya ancaman yang menyasarkan hotel-hotel berjenama AS di sana.

“Kami amat mengecam serangan pengganas yang sangat mengejutkan berlaku di Adana,” kata kedutaan AS di Ankara dalam Twitter. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA