Dua maut dire...

Dua maut dirempuh gerabak kereta api balak

WOSS, Kanada, 21 April – Dua maut manakala tiga lagi cedera apabila gerabak kereta api berisi kayu balak tergelincir dan merempuh pekerja di bandar kecil di Pulau Vancouver.

Polis Diraja Kanada berkata, kemalangan semalam itu berlaku di Woss, yang terletak di utara pulau berkenaan.

Jurucakap polis, Tammy Douglas berkata, gerabak berkenaan tergelincir dan kru penyelamat berusaha keras menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Gerabak berkenaan tidak bersambung dengan kereta api. Kawasan itu adalah zon pemindahan yang menyaksikan gerabak berisi barang melaluinya sebelum disambung dengan lokomotif. – AP

ARTIKEL YANG SAMA