Dua maut, enam cedera nahas helikopter

Dua maut, enam cedera nahas helikopter

MANILA, 5 Julai (dpa) – Dua terbunuh manakala enam lagi cedera hari ini apabila sebuah helikopter peribadi terhempas di Filipina, menurut para pegawai.

Helikopter itu terhempas di kawasan hutan rimba di sebuah kampung di Cuenca di wilayah Batangas, 77km selatan Manila, menurut jurucakap kerajaan wilayah, Jing Seguismundo.

Juruterbang dan salah seorang penumpangnya terbunuh dalam nahas itu, sementara enam lagi penumpang cedera, tambahnya.

Pihak berkuasa masih lagi memastikan punca nahas, menurut Seguismundo.