Dua maut gajah naik minyak

Dua maut gajah naik minyak

BANGKOK, 30 Okt (AFP) – Seekor gajah liar membunuh dua lelaki Thailand dalam serangan berasingan awal subuh hari ini ketika mereka bekerja di sebuah ladang getah di timur Thailand, menurut polis.

Dua penoreh getah itu, kedua-duanya berusia dalam empat puluhan dan bekerja kira-kira tiga kilometer jauhnya, terbunuh di ladang itu di daerah Kang Hang Maew, wilayah Chanthaburi.

“Kami percaya gajah yang sama membunuh kedua-dua mangsa berdasarkan laluannya,” Leftenan Sawai Chinwong dari stesen polis setempat memberitahu AFP.

Penoreh getah ketiga, iaitu seorang wanita, mengalami patah kedua-dua kakinya selepas dia juga diserang oleh seekor gajah di tempat sama, seperti salah satu kematian itu.

Menurut Sawai, gajah memijak-mijak lelak-lelaki itu dan menggunakan belalainya untuk melontar mereka ke tanah dan juga merodok mereka dengan menggunakan gadingnya.

Thailand – yang mana binatang mamalia besar itu adalah simbol negara – mempunyai kira-kira 2,500 ekor gajah liar, kurang daripada 4,000 ekor gajah bela jinak.

Awal bulan ini satu video yang disebarkan di media sosial yang menunjukkan seorang penunggang motosikal yang diserang oleh kawanan gajah liar di taman negara Khaoi Yai, kira-kira 200 kilometer dari Bangkok.

Lelaki itu yang terselamat tanpa mengalami kecederaan, dilihat menemukan kedua-dua telapak tangannya seperti orang bersembahyang ke arah gajah-gajah itu. Kematian berkaitan gajah jarang didengar di Thailand.

Pada Ogos lalu seekor gajah membunuh penjaganya ‘gembala gajah’ di utara negara itu sebelum lari ke dalam hutan bersama tiga orang pelancong China yang dalam ketakutan yang masih berada di belakang gajah itu.

Pelancong itu terselamat dalam kejadian itu.