Dua maut helikopter terhempas di Prague

Dua maut helikopter terhempas di Prague

PRAGUE, 17 Ogos – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di barat Republik Czech, kata polis, hari ini.

Jurucakap Hana Stefflova berkata kemalangan itu berlaku pada kira-kira 15:30 (1330 GMT) semalam dekat padang berhampiran perkampungan Kazn jov, kira-kira 100 kilometer di barat Prague.

Stefan Livinka, jurucakap bomba serantau berkata kedua-dua yang berada di dalam helikopter tersebut terbunuh .

Seorang lagi jurucakap polis, Martina Korandova, berkata kedua-dua mangsa merupakan dua orang lelaki tetapi masih belum dikenal pasti.

Mereka berkata, setakat ini, mereka tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kemalangan itu pada peringkat ini. – AP