Dua maut lelaki bakar diri dalam ‘shinkansen’

Dua maut lelaki bakar diri dalam ‘shinkansen’

TOKYO, 30 Jun (AFP) – Dua orang terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas seorang lelaki membakar dirinya sendiri di dalam kereta api laju “shinkansen” yang sedang bergerak di Jepun hari ini.

“Kami telah dimaklumkan terdapat seorang penumpang dalam gerabak kereta api yang melumuri diri dengan minyak dan membakar dirinya,” seorang jurucakap pengendali JR Central memberitahu AFP.

Akhbar harian Yomiuri Shimbun berkata letupan kedengaran dari bahagian tandas, dengan loceng kecemasan ditekan tidak selepas itu, dan kemudian kereta api berhenti.

Media melaporkan bahawa pemandu kereta api mendapati badan seorang lelaki yang masih terbakar selepas penghentian cemas.

Kereta api itu – kereta api Nozomi amat laju – dalam perjalanan antara Tokyo menuju Osaka, dilaporkan membawa 1,000 orang penumpang di dalamnya, apabila kebakaran terjadi berhampiran Odawara, tenggara Tokyo.

Sekumpulan anggota polis memeriksa kereta api laju Nozomi 255 (kanan), atau “shinkansen”, yang berhenti di stesen Odawara pada 30 Jun 2015 selepas apa yang dianggap sebagai percubaan membunuh diri di atas kereta api terssbut. – AFP
Sekumpulan anggota polis memeriksa kereta api laju Nozomi 255 (kanan), atau “shinkansen”, yang berhenti di stesen Odawara pada 30 Jun 2015 selepas apa yang dianggap sebagai percubaan membunuh diri di atas kereta api terssbut. – AFP

“Kami menerima maklumat yang mengatakan bahawa kebakaran berlaku berhampiran tandas dan dua orang mengalami serangan kardiopulmonari,” menurut jurucakap Jabatan Bomba Odawara..

“Penumpang-penumpang lain juga tercedera,” menurutnya sambil menambah bahawa dua orang berada dalam keadaan parah.

NHK melaporkan dua orang yang dikhuatiri terbunuh ditemui di atas lantai gerabak pertama, tetapi di hujung gerabak bertentangan.

TV Asahi melaporkan orang kedua yang ditemui terbaring di atas lantai ialah seorang wanita yang tersedut asap.

Rangkaian itu melaporkan bilangan yang tercedera dijangka meningkat ketika pihak pertama yang memberi respons merawat semakin ramai orang yang mengalami kesan akibat tersedut asap.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 11:30 pagi apabila kereta api itu berada kira-kira 70 kilometer dari ibu negara.

ARTIKEL YANG SAMA