Dua maut ribu...

Dua maut ribut banjir di California, Nevada

LOS ANGELES, 10 Jan – Ribut musim sejuk yang melanda bahagian barat Amerika Syarikat (AS) telah membunuh dua orang di California dan menyebabkan banjir teruk di utara Nevada, di mana lebih daripada 1,000 penduduk telah dipindahkan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS (NWS) petang Isnin berkata ribut tersebut adalah ‘sekali dalam satu dekad,’ menyatakan ia telah mengeluarkan amaran banjir kilat bagi utara dan tengah California, barat Nevada dan barat daya Oregon.

NWS berkata ribut bermula pada hujung minggu ini di Barat Laut Pasifik dan akan berterusan sehingga pertengahan minggu, manakala amaran ribut jika terjadinya ribut kuat akan dikeluarkan nanti.

“Hujan yang tidak henti-henti dan turunan salji lebih banyak di Barat AS akan aktif semula oleh satu lagi ribut kuat yang bergerak dari daratan lewat hari ini,” kata perkhidmatan cuaca.

Banjir lumpur melanda bahagian Nevada dan utara California, di mana berlakunya insiden seorang maut dihempap pokok di San Francisco dan beberapa pemandu dilaporkan terperangkap di dalam kereta dalam ribut tersebut.

Sebuah kenderaan terbalik dilihat di Highway 395 berhampiran Mammoth Lakes, California, kelmarin tatkala ribut kuat bergerak melalui negeri barat AS. Ribut musim sejuk yang melanda bahagian barat AS telah membunuh dua orang di California dan menyebabkan banjir teruk di utara Nevada. – AFP
Sebuah kenderaan terbalik dilihat di Highway 395 berhampiran Mammoth Lakes, California, kelmarin tatkala ribut kuat bergerak melalui negeri barat AS. Ribut musim sejuk yang melanda bahagian barat AS telah membunuh dua orang di California dan menyebabkan banjir teruk di utara Nevada. – AFP

Pada Isnin di California dan Nevada, ribut menyebabkan sungai melimpah dan pokok-pokok jatuh, mencetuskan pemindahan, gangguan kuasa, penutupan sekolah, jalan dan amaran banjir lumpur di kawasan lereng bukit yang kering oleh kebakaran hutan pada musim panas tahun lepas.

Beberapa kawasan ski California ditutup untuk hari kedua hari ini berikutan kebimbangan mengenai runtuhan di Sierra Nevada dan gangguan bekalan kuasa, dengan peramal memberi amaran bahawa lebih banyak salji dan hujan akan turun pada masa terdekat.

Berpuluh-puluh jalan telah terputus di kawasan Reno-Tahoe, di mana banjir memaksa pemindahan ratusan penduduk. – Xinhua