Dua maut tembakan di stesen bas AS

Dua maut tembakan di stesen bas AS

WASHINGTON, 1 April (AFP) – Seorang pegawai polis dan seorang lelaki bersenjata terbunuh selepas berbalas tembakan di sebuah stesen bas Khamis lalu di Negara AS, bahagian Virginia, pusat kepada lobi senjata yang kuat di Amerika.

Polis Berkata, penyerang berulang kali menembak pada pasukan tentera negeri itu yang telah mendekatinya. Dua pegawai polis yang lain membalas tembakan sebelum lelaki itu akhirnya dapat ditawan.

Lelaki bersenjata dan tentera yang cedera, dikenali sebagai Chad Dermyer berusia 37 Tahun, telah dibawa ke hospital di mana mereka dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami. Dua wanita yang berada di stesen bas Greyhound mengalami cedera ringan dalam insiden itu. Stesen bas Greyhound itu telah menutup operasi mereka sehingga notis baharu dikeluarkan kemudian.

Polis mengawal tempat kejadian penembakan di sebuah stesen bas Greyhound di Richmond, Virginia. – AFP
Polis mengawal tempat kejadian penembakan di sebuah stesen bas Greyhound di Richmond, Virginia. – AFP

“Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan Pihak Berkuasa dan menyediakan apa-apa maklumat yang mungkin diperlukan, termasuk pengawasan video yang dapat ditangkap,” Katanya dalam laman webnya.

Undang-undang senjata Virginia adalah amat longgar, dan negeri itu adalah rumah kepada Persatuan Senjata Negara.

ARTIKEL YANG SAMA