Dua maut terhidu gas beracun dalam kapal

Dua maut terhidu gas beracun dalam kapal

KOTA KINABALU, 28 Mac (Bernama) – Dua individu maut dan tiga lagi cedera dipercayai akibat terhidu gas beracun di dalam sebuah kapal di Pelabuhan Sabah di Sepangar pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata tiga individu yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Likas untuk menerima rawatan.

Beliau berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 8.18 pagi.

Salah seorang mangsa dipercayai terhidu gas baja ikan dari sebuah kapal di Pelabuhan Sepanggar dikejarkan ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut hari ini.
Salah seorang mangsa dipercayai terhidu gas baja ikan dari sebuah kapal di Pelabuhan Sepanggar dikejarkan ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut hari ini.