Dua minggu lagi baru boleh pulang

WELLINGTON, New Zealand, 11 Okt – Seramai 11,000 penduduk pulau Vanuatu yang dipindahkan dari ledakan gunung berapi kelihatannya terpaksa menunggu kira-kira dua minggu lagi sebelum mereka dibenarkan pulang, kata para pegawai hari ini.

Menteri-menteri kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan keadaan darurat di pulau Ambae sehingga 24 Oktober walaupun gunung berapi Manaro menjadi stabil.

Kesemua penduduk pulau itu telah dipindahkan menggunakan bot ke pulau-pulau sekitarnya di kepulauan Pasifik dalam usaha pemindahan yang berakhir minggu lalu.

Jurucakap kerajaan Hilaire Bule berkata para pegawai memerlukan masa tambahan untuk memeriksa bekalan air dan sanitasi di pulau itu serta merancang penempatan semula yang teratur.

Katanya lagi pulau itu kemungkinan cukup selamat bagi penduduk untuk pulang serta-merta.

“Namun kami perlu membuat rancangan yang baik,” katanya. “Kami tidak boleh pergi begitu saja dan menghantar semua orang pulang.”

Para pegawai telah mengurangkan kepentingan aktiviti gunung berapi ke Tahap 3 dalam skala yang mana Tahap 5 menggambarkan letusan besar. Gunung berapi berada di Tahap 4 semasa pemindahan itu. – AP