Dua minggu tanpa Curry

Dua minggu tanpa Curry

OAKLAND, California, 26 April – Jika Golden State Warriors mahu mencatat rekod musim ini dengan kemenangan kedua berturut-turut gelaran NBA, mereka perlu bertahan dalam dua minggu ini tanpa pemain terbaik mereka, Stephen Curry.

Stephen Curry dijangka akan terlepas sekurang-kurangnya dua minggu akibat kecederaan di lulut sebelah kanannya, perkara tersebut menjadi tamparan hebat buat pasukan Warriors dalam harapan mereka untuk mengulang kembali kejayaan mereka musim lalu.

“Daripada perspektif kami, ia secara relatifnya berita yang baik,” ujar pengurus besar Bob Myer kelmarin. “Jelasnya kami tidak mahu untuk berada di sini untuk membuat ujian MRI pada musim ini, terutama terhadap seseorang seperti Steph. Namun secara mekanikal lututnya masih utuh, jadi itu suatu yang baik.”

Myers berkata jangkaan dua minggu itu ialah hanyalah anggaran sahaja terhadap orang yang mengalami kecederaan yang sama, namun memberi amaran ketiadaannya mungkin tiga minggu atau lebih pendek.

Pasukan akan lebih teratur selepas seminggu Curry tidak beraksi, namun Curry akan terlepas perlawanan pusingan pertama selebihnya dalam playoffs dan hampir pasti pada permulaan pusingan kedua jika Warriors mara. Ketika ini Golden State mendahului Houston 3-1 untuk menuju ke Game 5 di tempat sendiri pada malam Rabu. “Jika ia tidak dua minggu, jangan gila tentangnya,” kata Myers. “Jika ia sebelum itu, bagus. Jika ia selepas, ia tetap selepas.”

Stephen Curry ketika rebah pada Game 4 menentang Houston Rocket dalam saingan playoff NBA. – AP
Stephen Curry ketika rebah pada Game 4 menentang Houston Rocket dalam saingan playoff NBA. – AP

Curry mengalami kecederaan pada separuh awal perlawanan Ahad dengan kemenangan 121-94 di Houston apabila dia tergelincir secara janggal pada tempat basah di gelanggang lalu jatuh. Dia kemudian terus memegang lututnya dan bergerak tempang menuju ke bilik bersalin.

Curry keluar bersama pasukannya selepas separuh masa, namun hanya duduk di bangku hampir sepanjang masa. Selepas bercakap dengan jurulatih-jurulatih, dia kembali ke bilik bersalin dengan kecederaan keduanya dalam siri itu.

Curry telah terlepas dua perlawanan sebelumnya apabila buku lali sebelah kanannya terseliuh namun berkata ia bukanlah satu isu ketika separuh pertama pada perlawanan Ahad lalu. – AP