Dua negara meterai kerjasama perdagangan

Dua negara meterai kerjasama perdagangan

SEOUL, 18 Mei – Perdana Menteri India Narendra Modi menyeru Korea Selatan untuk menjadi ‘rakan utama’ dalam pemodenan ekonomi negaranya ketika beliau bercakap tentang peluang pelaburan semasa permulaan lawatan dua harinya hari ini.

Berikutan rundingan bersama Presiden Park-Geun-Hye, Modi memberitahu sidang akhbar bersama bahawa kedua-dua pemimpin bersetuju dengan perdagangan dua hala ‘sederhana’ mereka adalah jauh daripada potensi sebenarnya.

Lawatan itu, sebahagian daripada kunjungan ke Asia Timur selama enam hari, dipenuhi dengan mesyuarat dengan jutawan perniagaan daripada konglomerat terbesar Korea Selatan, termasuk Hyundai, Samsung dan LG. Ketiga-tiga syarikat pengeluaran itu mengendali kilang di India di mana mereka mempunyai saham yang banyak dalam pasaran pengguna untuk kereta, telefon pintar dan peralatan rumah.

Modi sedang menimbang untuk memperoleh pelaburan yang lebih besar sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Buatan India,’ bertujuan memupuk sektor pengeluaran yang lemah di negara.

“Korea Selatan telah mencatat pelaburan yang kurang di India berbanding pesaing Asia lain seperti China atau Jepun meskipun potensi pertumbuhan yang besar di negara,” beritahu Oh Hwa-Suk, ketua Institut Penyelidikan Ekonomi India yang berpangkalan di Seoul, kepada AFP.

Narendra Modi (kiri) berjabat tangan dengan Park Geun-Hye semasa mesyuarat di Rumah Biru Presiden, Seoul. – AFP
Narendra Modi (kiri) berjabat tangan dengan Park Geun-Hye semasa mesyuarat di Rumah Biru Presiden, Seoul. – AFP

India juga perlu mempertingkat infrastruktur pengangkutannya yang lapuk, sumber kekecewaan di antara firma asing yang beroperasi di sana.

Laporan media India mencadangkan Modi berharap untuk mendapatkan $10 bilion dalam pinjaman lembut Korea Selatan untuk membiayai projek infrastruktur.

Esok, Modi dijadual melawat limbungan utama pembina kapal terbesar di dunia, Hyundai Heavy Industries, di selatan bandar Ulsan dan bertemu dengan pengerusinya Choi Kil-Seon.

Hyundai Motor Company, pengeluar kereta terbesar Korea Selatan, mengendali dua kilang di selatan bandar India Chennai, dan mengembang pelaburan tersebut dijangka akan dibincang ketika mesyuarat di antara Modi dan pengerusi Hyundai Motor Chung Mong-Koo di Seoul, juga esok.

Satu mesyuarat yang dirancang dengan J.K. Shin, ketua unit peranti Samsung, di Seoul juga dijangka membantu mempercepat pelaksanaan pelan firma Korea Selatan untuk membina kilang ketiga di India, salah satu pasaran handset yang berkembang paling pesat di dunia. – AFP