Dua pegawai kanan PGGMB bersara, diraikan

Dua pegawai kanan PGGMB bersara, diraikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Dua pegawai kanan daripada Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) telah diraikan dalam Majlis Perpisahaan, setelah berkhidmat selama lebih 10 dan 20 tahun dengan persekutuan tersebut yang diadakan baru-baru ini.

Guru berkenaan ialah Haji Asmakhan bin Abdulkhan dan Hajah Fatimah binti Haji Awang Aman yang berkhidmat dengan PGGMB setelah bersara daripada perkhidmatan dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Antin bin Ahad dan turut dihadiri lebih 70 orang ahli-ahli tadbir PGGMB termasuk para pengetua dan guru sekolah PGGMB.

Haji Antin ketika menyampaikan cenderahati kepada Haji Asmakhan.
Haji Antin ketika menyampaikan cenderahati kepada Haji Asmakhan.
Hajah Fatimah ketika menerima cenderahati penghargaan daripada Haji Antin.
Hajah Fatimah ketika menerima cenderahati penghargaan daripada Haji Antin.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dipimpin oleh Haji Khalidon bin Haji Mohd Salleh.

Pada majlis itu, tetamu kehormat turut menyampaikan cenderamata kepada Haji Asmakhan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dan Hajah Fatimah (lebih 10 tahun), bagi menghargai jasa dan perkhidmatan mereka yang menyumbang kepada kemajuan PGGMB dalam pelbagai bidang.

ARTIKEL YANG SAMA