Dua pegawai kerajaan timba pengalaman di Australia

Dua pegawai kerajaan timba pengalaman di Australia

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Dua penerima biasiswa Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (BAS) akan memulakan program latihan amali ke Suruhanjaya Sektor Awam Australia Barat pada 7 September ini bagi memahami lagi sektor awam di sana menerusi pelbagai projek dan kursus-kursus perkembangan profesional.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini, Dayang Halimahtul Sa’diah binti Haji Nordin and Dayangku Zafirah binti Pengiran Haji Ali dari Jabatan Perkhidmatan Awam akan terlibat dalam dua inisiatif besar sektor awam Australia Barat iaitu Strategi Pekerjaan Ketidakupayaan dan Strategi Pekerjaan Penduduk Asli, dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Suruhanjaya Tinggi Australia ke Brunei, Tuan Yang Terutama Todd Mercer, dalam kenyataan itu dipetik sebagai berkata, “Saya berasa amat gembira kerana kami berjaya mendapat latihan amali untuk dua pegawai Brunei di Suruhanjaya Sektor Awam Australia Barat.

“Kedua-dua pegawai akan mengusahakan inisiatif-inisiatif penting untuk mempertingkatkan kepelbagaian dan keterangkuman sektor awam Australia Barat.

Saya berharap Dayang Mahtul dan Dayangku Zafirah akan menjadi pegawai pertama Brunei yang akan menjalani penempatan profesional dalam sektor awam Australia pada tahun-tahun akan datang,” tambah Tuan Yang Terutama.

Program latihan amali itu akan merangkumi latihan bergilir di seluruh Suruhanjaya Sektor Awam Australia Barat, termasuk Pejabat Pesuruhjaya Sektor Awam, Pusat Kecemerlangan Sektor Awam dan Jabatan Perdana Menteri serta Kabinet.

ARTIKEL YANG SAMA