Dua pegawai Penjara berlepas ke Singapura

Dua pegawai Penjara berlepas ke Singapura

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Dua orang pegawai dari Jabatan Penjara berlepas ke Singapura hari ini untuk menghadiri Larian Penjara Yellow Ribbon yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara, Singapura.

Pegawai-pegawai tersebut ialah Ketua Pegawai Penjara, Awang Sariffudin bin Haji Abdul Karim dan Ketua Pegawai Penjara, Kwa Kian Sin.

Larian dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori 6 Kilometer Fun Run dan 10 kilometer larian terbuka.

Acara khas yang bertemakan ‘Give Them A Second Chance’ ini bertujuan untuk memberi peluang kepada bekas banduan kembali kepada masyarakat dan menjadi masyarakat yang berguna dan bertanggungjawab untuk negara.

pg02_150915_a

ARTIKEL YANG SAMA