Dua pegawai Polis Diraja Brunei ditetapkan pangkat

Dua pegawai Polis Diraja Brunei ditetapkan pangkat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis Diraja Brunei, dua orang pegawai Polis Diraja Brunei berpangkat Inspektor Percubaan telah diperkenankan untuk ditetapkan pangkat bermula 1 Mei.

Sehubungan itu, Majlis Penetapan Pangkat bagi kedua-dua pegawai berkenaan telah diadakan di Dewan Persidangan Putera Negara, Bangunan Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

Turut hadir ialah Penolong Pesuruhjaya Polis Kanan, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, para pengarah, pegawai kanan, jemputan khas serta ahli keluarga pegawai-pegawai kanan yang diraikan.

Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy menyempurnakan penetapan pangkat bagi Inspektor Percubaan Mohd Saiful Nizam dan Awangku Muhd Adib.
Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy menyempurnakan penetapan pangkat bagi Inspektor Percubaan Mohd Saiful Nizam dan Awangku Muhd Adib.

Pada majlis berkenaan, pegawai yang ditetapkan ke pangkat Inspektor ialah Inspektor Percubaan Mohd Saiful Nizam bin Sabri dan Inspektor Percubaan Awangku Muhd Adib bin Pengiran Haji Kamarudin.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy.

Dengan penetapan pangkat itu, diharap para pegawai-pegawai polis yang diraikan akan terus bersemangat menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa bertugas
dan berkhidmat atas nama Pasukan Polis Diraja Brunei untuk menuju ke arah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan kerajaan Negara Brunei Darussalam.