Dua pegawai wanita sertai larian Yellow Ribbon 2016

Dua pegawai wanita sertai larian Yellow Ribbon 2016

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Dua orang pegawai wanita dari Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam, Penguasa Penjara, Pengiran Roslinawati binti Pengiran Haji Omar dan Sarjan Shuarani binti Haji Ismail telah mewakili negara buat pertama kali dalam menyertai larian Yellow Ribbon 2016 yang diadakan di Singapura.

Program ini adalah satu aktiviti tahunan dari Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam dan telah menyertai acara larian tersebut pada tahun 2013, 2014 dan 2015.

Pada 2014, aktiviti yang telah di susun oleh penganjur adalah larian di kalangan bekas-bekas banduan bersama ahli keluarga mereka, pertandingan melukis di kalangan banduan, pameran, pemulihan, CARE Network dan Yellow Ribbon Art dan persembahan nyanyian di kalangan banduan dan bekas banduan di Carnival Site, Kompleks Penjara Changi.

Melalui program ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada dua wakil negara tersebut khususnya di dalam melakukan tugas dan tanggungjawab.

Dua orang pegawai wanita Jabatan Penjara bergambar bersama Pemangku Pesuruhjaya Penjara, Singapura, semasa menyertai larian Yellow Ribbon 2016.
Dua orang pegawai wanita Jabatan Penjara bergambar bersama Pemangku Pesuruhjaya Penjara, Singapura, semasa menyertai larian Yellow Ribbon 2016.

ARTIKEL YANG SAMA