Dua pelajar maut dihempap dinding

Dua pelajar maut dihempap dinding

KATHMANDU, 1 Julai (AFP)– Hujan monsun yang lebat mengakibatkan beberapa bahagian bangunan sekolah runtuh di bandar Nepal hari ini, meragut nyawa dua kanak-kanak dan mencederakan 24 yang lain, kata polis.

Polis memberitahu AFP bahawa kanak-kanak itu, yang berusia antara sembilan dan 10 tahun merupakan pelajar gred tiga yang sedang belajar ketika dinding bilik kelas mereka runtuh, dan menguburkan mereka.

“Dua pelajar terbunuh dan 24 lagi mengalami kecederaan selepas dinding runtuh,” kata ketua polis tempatan, Pitambar Adhikari.

Mangsa yang cedera itu menerima rawatan di sebuah hospital di Lalitpur, daerah yang mempunyai penduduk yang sedikit di lembah Kathmandu, Adhikari memberitahu AFP.

ARTIKEL YANG SAMA