Dua pelanggan bertuah terima ganjaran utama

Dua pelanggan bertuah terima ganjaran utama

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Hajah Halimah Tatal dan Goh Kok Hong menjadi pelanggan bertuah Pesta Pelancongan Belait ke-11 apabila dipilih untuk memenangi tiket penerbangan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) untuk dua orang ke Dubai.

Sementara itu, Awang Mohammad Isa dan Dayang Nurshafinah binti Abdullah Mayoh, masing-masing membawa pulang Samsung Tab 3 dan Sambung Tab 4, Woon Boon Tzuen memenangi 50,000 Royal Skies Air Miles, Awang Sofian bin Haji Ahmad menerima 30,000 Royal Skies Air Miles dan Dayang Aini binti Pandin memenangi 20,000 Royal Skies Air Miles.

Hadiah-hadiah telah disampaikan pada majlis penyampaian hadiah sempena pesta berkenaan yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC), hari ini.

Hajah Halimah Tatal ketika menerima hadiah utama yang disampaikan oleh Kapten Khalidkhan.
Hajah Halimah Tatal ketika menerima hadiah utama yang disampaikan oleh Kapten Khalidkhan.
Goh Kok Hong ketika menerima tiket penerbangan RB ke Dubai.
Goh Kok Hong ketika menerima tiket penerbangan RB ke Dubai.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Sabre Travel Network Brunei, Awang Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Bank Baiduri, Pengiran Azaleen Pengiran bin Dato Haji Mustapha dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi RB, Kapten Khalidkhan bin Haji Asmakhan.

Pada majlis itu juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada Syarikat Pan Bright sebagai Top Selling Agent dan menerima sebanyak wang tunai $1.500, manakala itu, tempat kedua dimenangi oleh Darussalam Holdings dengan menerima $1,000 dan Freme Travel di tempat ketiga dengan hadiah $500.

Hadiah Top Selling Destination pula dimenangi oleh Darussalam Holdings dan Freme Travel, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $500.

ARTIKEL YANG SAMA