Dua pelarian timur tengah diberkas dakwa pengganas

Dua pelarian timur tengah diberkas dakwa pengganas

SACREMENTO, WASHINGTON, 8 Jan (Reuters) – Dua lelaki dari Timur Tengah yang datang ke AS sebagai orang pelarian telah diberkas atas tuduhan keganasan persekutuan di California dan Texas kerana menyokong kumpulan militan Islam, menurut pegawai-pegawai AS semalam.

Mereka adalah yang terkini dalam siri-siri kes serupa dalam kempen AS menentang fahaman melampau.

Kedua-dua lelaki itu tidak didakwa merancang serangan ke atas AS. Seorang lelaki didakwa menyokong kumpulan militan Islam IS di luar negara dan kedua-duanya didakwa memberikan maklumat palsu tentang hubungan mereka yang dengan pihak yang disifatkan sebagai kumpulan pengganas antarabangsa.

Terdapat lebih 75 tangkapan yang telah dipublisitikan, iaitu tangkapan penduduk AS yang dikatakan menjadi radikal oleh militan Islam sejak 2014.

Lelaki-lelaki itu, yang ditangkap di Sacramento dan Houston, tidak terlibat dalam sebarang komplot, tetapi mereka mungkin berhubung dengan antara satu sama lain, menurut sumber yang mengetahui tentang kedua-dua kes ini.

Mereka adalah orang Palestin yang lahir di Iraq. Lelaki yang diberkas di Houston, Omar Faraj Saeed Al-Hardan, telah memasuki AS sebagai orang pelarian Iraq pada November 2009, menurut dokumen mahkamah.

Di Sacramento, Jabatan Keadilan AS berkata Aws Mohammed Younis Al-Jayab, 23 tahun datang ke AS dalam tahun 2012 sebagai orang pelarian dari Syria.

Leftenan Governor Texas Dan Patrick, seorang Republikan Parti Tea, mengatakan penangkapan di Houston sebagai alasan mengapa Texas cuba menyekat petempatan orang pelarian Syria.

“Ini adalah yang sebenarnya yang kami berulang kali memberitahu pentadbiran Obama ini mungkin berlaku dan mengapa kami tidak mahu orang pelarian datang ke Texas. Terdapat persoalan serius tentang siapa mereka ini sebenarnya, seperti yang dibuktikan oleh peristiwa hari ini.”

Para pemimpin Republikan telah menggesa Presiden Barack Obama, seorang demokrat supaya mengambil langkah dengan berhati-hati dalam membenarkan orang pelarian dari Syria menetap di AS.

Tahun lalu Obama berkata AS akan menerima 10,000 orang pelarian Syria pada 1 Oktober 2016, yang mengundang ikrar ingkar dari lebih 30 orang gabenor yang memberi amaran tentang risiko kepada keselamatan negara.