Dua pemandu nyaris maut

Dua pemandu nyaris maut

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Dua orang pemandu terselamat dalam dua kejadian kemalangan jalan raya yang berasingan di kawasan Jalan Tutong berdekatan Istana Nurul Iman menuju ke Bandar Seri Begawan dan berdekatan bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, petang tadi.

Dalam kejadian di kawasan jalan Tutong, ia berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi dan merupakan kemalangan sendiri yang melibatkan lampu jalan.

Menurut saksi di tempat kejadian, mangsa warga tempatan yang hanya mengalami cedera ringan keliru bagaimana kejadian itu berlaku.

Manakala itu, kejadian di Berakas pula melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda dan pemandunya tidak mengalami kecederaan.

Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan bahawa kejadian berkenaan masih lagi dalam siasatan polis.

Keadaan kereta yang rosak teruk dalam kemalangan tersebut.
Keadaan kereta yang rosak teruk dalam kemalangan tersebut.