Dua pemegang saham terbesar RCBC tingkat kepentingan

Dua pemegang saham terbesar RCBC tingkat kepentingan

MANILA, 6 April – Dua pemegang saham terbesar Rizal Commercial Banking Corp (RCBC) telah membeli saham tambahan berjumlah AS$9.48 juta, membawa saham gabungan mereka kepada 65.02 peratus, kata pemberi pinjaman Filipina dalam fail bursa saham hari ini.

RCBC menjadi tumpuan siasatan Senat dalam rompakan siber di mana AS$81 juta dicuri daripada akaun Bank Bangladesh di Bank Simpanan Persekutuan AS New York yang didakwa dimasukkan dalam RCBC.

Dalam fail, RCBC berkata pemegang saham besar Pan Malayan Management and Investment Corp pada minggu lalu membeli 8.8 juta sagam pada 30 peso sesaham, sekaligus menambah sahamnya kepada 42.31 peratus daripada 41.68 peratus.

Cathay Life Insurance di Taiwan, subsidiari Cathay Financial Holding Co Ltd, membeli 5.8 juta saham juga pada 30 peso sesaham, menambah sahamnya kepada 22.71 peratus daripada 22.3 peratus.

Harga saham RCBC merosot kepada 28.75 peso pada bulan lalu selepas bank ditempatkan dalam siasatan. Saham merosot sebanyak 3.8 peratus kepada 30.70 dalam perniagaan pada pagi ini, berbanding kemerosotan 0.6 peratus dalam pasaran yang lebih luas.

“Pengurus berasa amat yakin dengan bank. Mereka menggunakan wang tunai mereka untuk memujuk pelabur yang mahu keluar,” kata Augusto Cosio, presiden firma pengurus dana First Metro Asset Management. Reputasi RCBC mungkin terjejas akibat rompakan itu, namun kunci kira-kiranya masih menarik berdasarkan pelanggan dan penyimpannya, kata Cosio.

“Pasaran Filipina semakin berkembang. Ia adalah salah satu cawangan yang sedang disiasat. Dan RCBC sedang bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasat,” beritahu jurucakap Cathay Financial kepada Reuters.

Penggodam yang tidak dikenalpasti didakwa mencuri wang pada awal Februari dan menyalurkannya kepada kasino dan ejen perjudian di Filipina menerusi cawangan RCBC di Manila. RCBC melancarkan siasatannya sendiri dan memfail satu kes ke atas dua bekas pekerjanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA